comscore
Tumpuan :
Dunia

48 lokasi di Yemen jadi sasaran AS dan UK

FOTO: Reuters

SANAA: 48 lokasi di Yemen jadi sasaran serangan tentera Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menurut Jurucakap Houthi, Brigadier Jeneral Yahya Saree berkata,13 serangan disasarkan ke Amanat Al-Asimah and Sana’a, 11 di Taiz, 9 di Hodeidah, 7 masing-masing di Al Bayda dan Hajjah dan satu lagi di Saada.

Tambah beliau serangan itu tidak melumpuhkan moral, kedudukan serta sokongan kumpulan itu ke atas Penduduk Palestin malah puak Houthi tidak akan berdiam diri dan akan melakukan tindak balas.

FOTO: Reuters

Amerika Syarikat terdahulu dalam kenyataannya berkata, ia menembak jatuh enam peluru berpandu antikapal selain melancarkan 36 serangan ke atas Yemen.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dalam pada itu dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan Syria.

FOTO: Reuters

Media Al Jazeera yang memetik sumber dalaman melaporkan, mesyuarat itu bakal diadakan atas permintaan Rusia.

Terdahulu Jurucakap Kementerian Luar Rusia mengutuk serangan Amerika Syarikat ke atas Yemen yang disifatkan sebagai sebahagian daripada polisi agresif negara itu ke atas Asia Barat selain mengutuk negara itu yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini