NIGER: Sekurang-kurangnya 48 terbunuh dalam insiden letupan sebuah lori tangki minyak di Nigeria.
Letupan berlaku akibat perlanggaran dengan sebuah lori membawa binatang ternakan dan orang awam.
Letupan turut menyebabkan beberapa kenderaan berdekatan terbakar.
Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Jurucakap Agensi Bencana Negeri memaklumkan pihaknya masih melakukan usaha membersihkan lokasi.
Gabenor Niger Mohammed Bago, dalam pada itu menasihati penduduk agar sentiasa tenang dan mematuhi peraturan jalan raya – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.