comscore
Tumpuan :
Dunia

49 cedera kemalangan babitkan dua bas di Sri Lanka

COLOMBO: Seramai 49 orang cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah bas pada Khamis malam di Nagala, wilayah Uva di tengah Sri Lanka, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tempatan pada Jumaat.

Jurucakap polis dalam satu kenyataan berkata bas Lembaga Pengangkutan Sri Lanka yang dilaporkan dipandu agak laju melanggar bahagian belakang sebuah bas milik persendirian yang membawa pekerja kilang pakaian.

Menurut kenyataan itu, penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran dan pemandu yang bertanggungjawab dalam kemalangan berkenaan ditahan.

Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini