LUBNAN: Kumpulan Hizbullah melancarkan puluhan peluru berpandu dan dron ke pangkalan tentera di Haifa dan Carmel yang terletak di utara Israel.
Lapor Al Jazeera, sekurang-kuranganya lima cedera dalam bedilan roket di Haifa.
Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan pengganas Israel berundur selepas memasuki daerah Shamaa, kira-kira lima kilometer dari sempadan Israel.
Pada masa sama terdapat laporan kereta kebal Israel dibedil dengan peluru berpandu di wilayah sama.
Serangan ke atas Israel berakhir di situ apabila Kumpulan Houthi turut melancarkan sejumlah serangan dron ke lokasi penting Israel di Pelabuhan Eilat.
Sekurang-kurangnya 47 tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan Hizbullah sejak 30 September lalu. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.