comscore
Tumpuan :
Dunia

5 kanak-kanak antara 14 maut dalam serangan di Rafah

Foto: Reuters

GAZA: Lima kanak-kanak antara 14 terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara tentera Zionis di Rafah.

Pemimpin rejim Benjamin Netanyahu mengarahkan tenteranya melancarkan serangan di Rafah yang padat dengan lebih 1.2 juta penduduk.

Tindakan itu diambil selepas Netanyahu menolak Pelan Damai yang dikemukan oleh Hamas.

Dalam pada itu, angka korban penduduk Palestin kini melebihi 28,000 orang dengan lebih 67,000 lagi cedera.

Foto: Reuters

Keadaan semakin parah di Gaza dengan krisis makanan akut dalam kalangan penduduknya.

Antara negara yang prihatin menghulurkan bantuan, Norway melalui Menteri Luarnya mengumumkan dana bernilai AS$26 juta kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Dalam perkembangan lain, tentera Zionis turut dilaporkan membedil perkampungan al-Khiam di selatan Lubnan.

Serangan memusnahkan bangunan milik penduduk didakwa tentera rejim sebagai infrastruktur pengganas – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini