comscore
Tumpuan :
Dunia

5 lori bantuan masuk ke Gaza, hasil perjanjian dibroker Qatar & Perancis

FOTO: Reuters

GAZA: Lima lori bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan telah memasuki Gaza melalui sempadan Rafah.

Kesemua bekalan itu akan diagihkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah.

Ia adalah hasil perjanjian yang dibroker Qatar dan Perancis bagi membantu penduduk Palestin yang terdesak di semenanjung Gaza selain bekalan keperluan bagi tahanan Hamas.

Duta Perancis ke Israel, Frederic Journes ketika ditemu bual dalam satu siaran radio berkata, bantuan itu sebagai langkah permulaan bagi membebaskan saki baki tahanan Hamas.

Jurucakap kerajaan Israel dalam pada itu dilaporkan berkata, hospital lapangan bakal dibina di Gaza, namun pada masa sama kenyataan itu seolah-oleh tidak membawa sebarang makna apabila tentera rejim terus menerus membedil hospital di Gaza.

Pada ketika ini dilaporkan baki 15 hospital di Gaza juga hampir tidak dapat berfungsi – AL JAZEERA – REUTERS

Loading...
Terkini