Tumpuan :
Dunia

5 maut, 31 cedera dalam serangan Israel di Beirut

LUBNAN: Israel meneruskan serangan ke Beirut dengan bedilan terbaharu meranapkan sebuah bangunan empat tingkat di daerah Chiyah.

Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 31 yang lain cedera dengan ramai masih terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Serangan di Zoqaq al-Blat lokasi padat dengan penduduk turut menempatkan pejabat Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati serta Ibu Pejabat PBB di Beirut.

Bedilan ke atas kawasan di selatan Lubnan pula meragut dua nyawa dan mencederakan sejumlah yang lain.

Sasaran lain termasuk daerah Habbush, Al Khardali dan Mayfadoun. – Al Jazeera

Loading...
Terkini