comscore
Tumpuan :
Dunia

5 maut dalam serangan roket tentera Israel di Damsyik

FOTO : REUTERS

SYRIA :  Lima maut dalam bedilan roket tentera Israel di Damsyik.

Media Reuters yang memetik sumber dalaman tentera melaporkan, serangan dilancarkan sejurus selepas tengah malam.

Ia disasarkan ke kawasan padat dengan penduduk, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia disasarkan kepada individu tertentu

Bedilan roket turut mengakibatkan kerosakan struktur beberapa bangunan berdekatan

Sekurang-kurangnya 15 penduduk dilaporkan cedera.

Jurucakap tentera Israel yang dihubungi media antarabangsa bagaimanapun enggan mengulas menganai serangan itu.  – REUTERS

Loading...
Terkini