comscore
Tumpuan :
Dunia

5 maut, lebih 30 cedera dalam serangan rejim Zionis

FOTO: Reuters

GAZA: Lima maut manakala 30 yang lain cedera dalam serangan terbaharu tentera rejim Zionis di tengah Gaza City.

Serangan ke atas Kem Pelarian Nuseirat juga dilaporkan berlarutan.

Di Tebing Barat pula, seorang belia Palestin maut manakala 25 yang lain cedera dalam serangan penduduk haram Yahudi.

Lokasi serangan termasuk perkampungan Abu Falah yang menyaksikan lima penduduk Palestin cedera dalam ketegangan lanjutan daripada serangan itu.

FOTO: Reuters

Penduduk haram Yahudi turut bertindak kejam membakar rumah dan kediaman penduduk Palestin.

Kebiadaban mereka tidak berakhir di situ apabila ambulans Bulan Sabit Merah turut ditembak.

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu juga mengakibatkan hampir 34,000 penduduk Palestin maut dengan lebih 76,000 lagi cedera – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini