Tumpuan :
Dunia

5 maut, tujuh hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Indonesia

Kerja-kerja mencari mangsa hilang akibat tanah runtuh – Foto Fail REUTERS

JAKARTA: Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Pulau Jawa awal minggu ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang, manakala tujuh lagi masih hilang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), semalam.

Hujan lebat di Sukabumi, Jawa Barat, pada Selasa menyebabkan kemusnahan besar, termasuk 10 jambatan dan ratusan rumah rosak.

Usaha mencari mangsa hilang sedang dipergiatkan, dengan sokongan jentera berat jika perlu.

Indonesia kerap mengalami cuaca ekstrem yang semakin memburuk akibat perubahan iklim.

Sementara itu, dilaporkan gempa bumi dengan kekuatan 5.7 melanda Sulawesi, menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).

Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 40 kilometer dan setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini