comscore
Tumpuan :
Dunia

5 terbunuh, 91 cedera dalam letupan bunga api di Iran 

Foto: Reuters

IRAN: Lima terbunuh manakala lebih 90 lagi cedera dalam pelbagai insiden menjelang Festival Api yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac depan di Iran

Media ISNA yang memetik Ketua Pertubuhan Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar melaporkan, kematian disebabkan letupan bunga api

Angka itu dicatatkan sepanjang 20 hingga 1 Mac lalu meningkat 57 peratus berbanding tahun lalu.

Satu kematian dicatatkan di Tehran manakala empat lagi di barat laut negara di wilayah Azarbaijan

Kemalangan yang disebabkan oleh bunga api kerap berlaku menjelang Festival APi yang disambut pada malam Rabu terakhir sebelum sembutan Nowruz iaitu Tahun Baru Iran yang jatuh pada 20 Mac tahun ini. – – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini