comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 50 maut, 300 cedera kereta api bertembung di India

 

ODISHA: Sekurang-kurangnya 50 orang dikhuatiri terbunuh manakala 300 lagi cedera dalam nahas kereta api bertembung di Odisha, India.

Menurut Ketua Setiausaha Odisha, kejadian berlaku apabila gerabak yang membawa penumpang tiba-tiba tergelincir lalu bertembung dengan kereta api lain dari laluan bertentangan.

Ketika kejadian, kereta api Coromandel Express sedang dalam perjalanan dari Kolkata menuju ke Chennai.

50 buah ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian terletak di daerah Balasore bagi menyelamatkan lebih 200 orang yang masih terperangkap di dalam gerabak tergelincir.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi ciapannya di Twitter menzahirkan rasa simpati beliau terhadap kesemua waris mangsa.

Loading...
Terkini