GAZA: Sekurang-kurangnya 50 terbunuh dalam serangan Israel di Gaza semalaman.
17 daripadanya maut dalam serbuan dilancarkan pengganas rejim berhampiran Hospital Kamal Adwan.
Satu lagi kematian di catatkan di Kem Pelarian Nuserirat.
Bedilan pengganas rejim di utara turut meragut dua nyawa penduduk.
Perkembangan di Tebing Barat pula menyaksikan siri serbuan baharu dilancarkan pengganas rejim mencetuskan pertempuran dengan pejuang Palestin.
Briged al-Quds dilaporkan berjaya meletupkan sebuah kereta kebal Israel.
Ketegangan dilaporkan berlaku di Jenin dan kawasan kem pelarian berhampirannya. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.