
NAGORNO-KARABAKH: Lebih 5,000 orang awam telah dipindah keluar oleh anggota pengaman Rusia dari tiga wilayah bergolak di Nagorno-Karabakh.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, anggota pengaman dari negara terbabit turut melaksanakan tugas mereka di Baku, Yerevan dan Stepanakert bagi mengekang lebih banyak pertumpahan darah daripada berlaku.
Dalam pada itu, Rusia juga berfungsi untuk mengekalkan keselamatan selain memastikan hak kemanusiaan orang awam terjamin.
Sejak permulaan operasi ketenteraan, anggota pengaman telah memindahkan orang awam dari Martakert, Martuni dan Askeran ke pusat penempatan sementara.
Selain mendapatkan bantuan bekalan makanan dan tempat berteduh, khidmat perubatan oleh doktor Rusia turut diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Menerusi rundingan meja bulat antara negara konflik, kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan serangan.
Serangan tempoh hari telah meragut lebih 200 nyawa dan mencederakan 400 orang awam.