
PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 52 terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam serangan berani mati ketika sambutan Maulidur Rasul di Balochistan.
Kesemua mangsa yang maut dan cedera dikejarkan ke hospital di pekan terdekat, Mastung.
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggung jawab mendalangi serangan.
Insiden tercetus tatkala serangan melibatkan kumpulan militan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Dalam kejadian siang tadi, imej selepas letupan menunjukkan orang ramai memenuhi lokasi kejadian selain mereka turut membanjiri perkarangan Hospital Mastung.
Siasatan awal polis mendapati letupan itu adalah misi berani mati menyaksikan pengebom turut meletupkan dirinya berdekatan kereta seorang pegawai polis.
Situasi ini sekaligus meningkatkan tahap amaran dan berjaga-jaga ekoran pilihan raya umum negara itu yang dijadualkan Januari tahun depan.