comscore
Tumpuan :
Dunia

6 maut dalam pertempuran antara polis dan kumpulan bersenjata di Pakistan

Foto: Reuters

TANK: Enam terbunuh dalam pertempuran di antara pasukan polis dengan kumpulan bersenjata di sempadan barat laut Pakistan.

Tiga mangsa yang maut adalah anggota polis manakala mangsa yang cedera pula digegaskan ke hospital untuk rawatan segera.

Salah seorang suspek dikatakan meletupkan dirinya di hadapan pintu masuk balai.

Beberapa suspek lain kemudian menyerbu masuk dan meneruskan serangan.

Insiden ini sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung isu keselamatan di negara itu yang bakal berdepan Pilihan Raya Umum awal tahun depan.

Serangan berlaku dua hari selepas serangan kumpulan bersenjata meragut 23 nyawa tentera Pakistan di daerah Dera Ismail Khan. -REUTERS

Loading...
Terkini