TOKYO: Sekurang-kurangnya enam maut akibat banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di semenanjung Jepun.
Maklumat bomba memaklumkan, seorang meninggal dunia dan lima lagi kritikal akibat serangan jantung.
Ia istilah digunakan di negara itu sebelum kematian boleh disahkan oleh seorang doktor.
Sementara itu, kerajaan wilayah Ishikawa di pantai Laut Jepun berkata, dua dilapor hilang dan nasib lapan orang lagi belum diketahui.
Hujan lebat melanda Ishikawa sejak Sabtu, dengan lebih 540 milimeter (mm) taburan hujan direkodkan di bandar Wajima selama 72 jam.
Wilayah itu masih dalam proses pemulihan selepas dilanda gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Ritcher awal tahun ini, yang memusnahkan bangunan, mencetuskan gelombang tsunami dan mengakibatkan kebakaran besar.
Banjir itu turut menenggelamkan perumahan sementara yang dibina untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam gempa bumi ketika Tahun Baru.
Menurut angka kerajaan Ishikawa, gempa bumi mengorbankan sekurang-kurangnya 374 orang.
Setakat ini, seramai 4,000 isi rumah terputus bekalan elektrik, manakala lebih 100 kawasan di wilayah itu sukar diakses, dengan jalan terhalang akibat tanah runtuh.
Semalam, kawasan Wajima turut ditenggelami banjir, memaksa anggota tentera dikerah ke wilayah Ishikawa bagi membantu pasukan penyelamat memindahkan ribuan penduduk.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.