comscore
Tumpuan :
Dunia

6 murid sekolah rendah maut dirempuh lori sejuk beku

Beberapa mangsa nahas terima rawatan di hospital tempatan di Basra. – FOTO: Reuters

BASRA: Enam orang murid sekolah rendah maut setelah dirempuh oleh sebuah lori sejuk beku di Basra, Iraq.

Kementerian Dalam Negeri Iraq menerusi satu kenyataan mengesahkan rempuhan terbabit turut mencederakan 14 yang lain.

Sumber hospital juga memaklumkan sebahagian daripada mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kini kritikal.

Menurut pihak berkuasa dan saksi kejadian, pemandu lori berkenaan hilang kawalan ekoran kegagalan fungsi brek sekali gus merempuh murid sekolah yang sedang berjalan di kaki lima bandar Hartha.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani mengarahkan siasatan berhubung nahas segera dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung punca sebenar kejadian. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini