Tumpuan :
Dunia

6 rentung dalam letupan kilang mercun di Virudhunagar, Tamil Nadu

Foto hiasan

VIRUDHUNAGAR: Pihak berkuasa mengesahkan enam individu terbunuh dalam letupan besar di Kilang Mercun Sainath di Virudhunagar, India, pada Sabtu.

Letupan dipercayai berpunca daripada tindak balas kimia semasa penyediaan bahan mercun.

Kilang yang dikendalikan oleh pemilik Balaji musnah dan menyebabkan beberapa individu terperangkap di bawah runtuhan.

Seorang lagi mangsa cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Pasukan bomba dan polis dikerahkan untuk operasi menyelamat dan siasatan.

Kilang tersebut mempunyai lebih daripada 80 pekerja dan berlesen daripada jabatan kawalan bahan letupan pusat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini