GAZA: Lebih 60 penduduk Palestin terbunuh dan 162 lagi cedera dalam serangan pengganas rejim Israel di Gaza dalam tempoh 48 jam lalu.
Lapan daripadanya maut ketika pengganas rejim membedil Sekolah Halimah al-Saadiyah di utara Gaza yang menjadi tempat perlindungan penduduk.
Lima lagi kematian direkodkan dalam serangan ke atas Kem Pelarian Nuseirat.
Manakala empat korban dicatatkan selepas tentera rejim membedil Kem Pelarian Bureij di wilayah tengah Gaza.
Di Tebing Barat pula, seorang penduduk cedera ditembak di barat Ramallah.
Ketegangan tercetus apabila pengganas rejim menyerbu rumah penduduk.
Selain melepaskan tembakan peluru hidup, tentera rejim turut melepaskan gas pemedih mata dan mengakibatkan penduduk mengalami sesak nafas. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.