comscore
Tumpuan :
Dunia

630,00 rakyat Palestin larikan diri dari Rafah sejak 6 Mei – PBB

FOTO: Reuters

GAZA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) semalam memaklumkan, tindakan ketenteraan Israel di Rafah telah memaksa 30,000 orang lagi melarikan diri.

Menurut UNRWA, penduduk Gaza terus dipindahkan secara paksa, dan sejak serangan tentera ke atas Rafah bermula pada 6 Mei, lebih 630,000 orang terpaksa meninggalkan kawasan itu.

Penghijrahan beramai-ramai itu memberi kesan ketara kepada Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza, di mana ramai mencari perlindungan, kata agensi PBB itu, sambil menyifatkan keadaan kesesakan di sana semakin buruk.

Sekurang-kurangnya 35,303 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan semalam.

Menurut kementerian itu, 79,261 orang lagi cedera dalam serangan berterusan rejim Zionis.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera di kawasan itu.

Lebih tujuh bulan selepas perang Israel, kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan kejam itu dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini