comscore
Tumpuan :
Dunia

65 maut akibat banjir di India

Foto: Reuters

INDIA: Sekurang-kurangnya 65 terbunuh akibat banjir yang melanda India.

Pihak berkuasa memaklumkan kira-kira 2.5 juta penduduk terjejas di negeri Assam dan di wilayah timur laut negara.

Taburan hujan lebat sejak Jun lalu mengakibatkan Sungai Brahmaputra melepasi paras bahaya.

Penduduk juga berdepan kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan air bersih.

Malah ada yang terpaksa tinggal sebumbung dengan binatang ternakan ekoran kesukaran dihadapi mereka selain tiada kemudahan sanitasi.

Pihak berkuasa dalam pada itu memaklumkan lebih 50,000 penduduk kini berada di 300 pusat perlindungan sementara . – AL JAZEERA / REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini