comscore
Tumpuan :
Dunia

6,600 penduduk dipindahkan ekoran kebakaran hutan di barat Kanada

Foto: Reuters

OTTAWA: Kira-kira 6,600 penduduk di wilayah Alberta, barat Kanada telah dipindahkan susulan kebakaran hutan yang marak, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.

Majlis perbandaran Wood Buffalo mengeluarkan arahan pemindahan pada petang 14 Mei selepas mengisytiharkan darurat kecemasan tempatan, lapor CBC News.

Arahan pemindahan itu berkuat kuasa bagi kawasan-kawasan perumahan Beacon Hill, Abasand, Prairie Creek dan Grayling Terrace.

Beberapa kawasan perumahan di Fort McMurray sedang dipindahkan untuk memberi laluan kepada pasukan bomba.

Penduduk di zon pemindahan diarah mengosongkan kediaman mereka pada 4 petang waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 134 kebakaran sedang aktif di seluruh negara pada Selasa dengan 43 kebakaran dikategorikan sebagai tidak terkawal.

Kerajaan Kanada memberi amaran bahawa suhu melebihi paras normal di seluruh negara boleh membawa kepada risiko kebakaran yang lebih besar. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini