comscore
Tumpuan :
Dunia

665,000 data peribadi pelanggan resort mewah di Singapura kena godam

Foto: Reuters

SINGAPURA: 665,000 data peribadi ahli program kesetiaan pusat beli-belah sebuah resort mewah di Singapura berjaya digodam oleh penggodam.

Data itu diakses pada 19 dan 20 Oktober lalu antaranya termasuklah nama, alamat emel, nombor telefon, negara tempat tinggal dan nombor keahlian pembeli.

Menurut pengendali resort mewah, Marina Bay Sands ini adalah pelanggaran terbaru dalam rentetan insiden keselamatan siber utama yang dilaporkan di negara itu.

Pada minggu lalu juga, institusi penjagaan kesihatan awam turut mengalami gangguan kebanjiran trafik untuk akses internet yang disifatkan berniat jahat dalam apa yang dipanggil serangan penafian perkhidmatan (DDoS) teragih.

Marina Bay Sands, yang dimiliki oleh gergasi kasino Amerika Syarikat iaitu Las Vegas Sands, berkata, ia menyedari insiden keselamatan data pada 20 Oktober, menerusi emel yang dihantar kepada beberapa pelanggan pada hari ini.

Menurut mesej daripada Ketua Pegawai Operasi, Paul Town, sejak itu siasatan mendapati terdapat pihak ketiga yang tidak dikenali mengakses data pelanggan kira-kira 665,000 ahli program ganjaran bukan kasino.

“Berdasarkan siasatan, kami tidak mempunyai bukti setakat ini bahawa pihak ketiga yang tidak dibenarkan sudah menyalahgunakan data untuk menyebabkan kemudaratan kepada pelanggan.

Loading...
Terkini