comscore
Tumpuan :
Dunia

7 maut, 10 cedera bumbung gereja roboh di Mexico

BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 10 lagi cedera selepas bumbung sebuah gereja runtuh, di bandar raya Ciudad Madero, di Tamaulipas, Mexico, lapor Sputnik.

“Akibat kemalangan itu, tujuh orang disahkan maut. Selain itu, 10 yang cedera telah diselamatkan dan dipindahkan (ke hospital),” kata jabatan serantau Kementerian Keselamatan Awam pada Ahad.

 

Menurut media Mexico, Bumbung gereja itu roboh semasa upacara pembaptisan sedang diadakan dan jumlah sebenar orang yang berada di dalam bangunan itu tidak dapat dipastikan.

Kementerian itu berkata punca kejadian dipercayai akibat “kegagalan pada struktur bangunan.”   — BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini