comscore
Tumpuan :
Dunia

7 maut dalam kejadian jeti runtuh di Georgia

Menurut Chris Hodge, Insiden itu berlaku ketika orang ramai sedang merayakan festival kebudayaan tahunan yang memperingati sistem perhambaan komuniti kulit hitam di pulau berkenaan. FOTO: Reuters

GEORGIA: Seramai tujuh individu dilaporkan maut dalam insiden jeti runtuh di pantai Atlantik Amerika Syarikat (AS), di sini pada Sabtu.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan, Insiden itu turut menyebabkan lebih 20 yang lain terjatuh ke dalam air.

Kejadian itu, yang turut mengakibatkan pelbagai kecederaan, berlaku semasa sambutan komuniti Gullah-Geechee di Pulau Sapelo.

Jurucakap Jabatan Sumber Asli Georgia, Chris Hodge berkata, hasil siasatan awal mendapati jeti berkenaan dikerumuni orang ramai yang pada ketika itu sedang menunggu giliran untuk menaiki feri.

“Sekitar pukul 3:50 petang hari ini, kami menerima panggilan kecemasan melalui Macintosh 911 mengenai sebuah laluan yang runtuh di jeti feri pelawat.

“Pelbagai agensi telah dikerah susulan kejadian ini, dan setelah kami tiba di lokasi, kami menyedari bahawa mungkin terdapat 20 orang atau lebih yang jatuh ke dalam air akibat runtuhan laluan tersebut.

“Kami juga mempunyai enam orang yang mengalami kecederaan kritikal dan dua orang telah dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan,” katanya dalam satu sidang media ringkas.

Sementara itu, tambahnya, misi mencari dan menyelamat bakiu mangsa yang hilang sedang giat dijalankan dan jentera-jentera pihak berkuasa sedang dimobilisasi ke Pulau Sapelo.

Lapor Reuters, insiden itu berlaku ketika orang ramai sedang merayakan festival kebudayaan tahunan komuniti kulit hitam di pulau berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini