comscore
Tumpuan :
Dunia

 7 murid tahfiz Nigeria maut dalam letupan

Foto: Reuters

MAIDUGURI: Tujuh murid terbunuh dalam letupan di sebuah sekolah di timur laut Nigeria.

Mangsa berusia antara tujuh hingga 11 tahun adalah murid sekolah tahfiz al-Quran yang sering mengumpul barangan besi terpakai untuk dijual.

Ketika kejadian, guru bertugas tiada di lokasi.

Lapor media antarabangsa, mangsa tidak menyangka ia adalah bahan letupan dan menyimpannya di dalam sekolah.

Mangsa juga bercadang untuk menjualnya kepada pengumpul barangan lusuh.

Ia tiba-tiba meletup ketika murid berkenaan cuba memampat bahan letupan itu.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini