PAKISTAN: Tujuh anggota polis cedera dalam ketegangan di selatan bandar Karachi.
Tunjuk perasaan anjuran Parti Majlis Wahadatul Muslimeen itu disertai kira-kira 3,000 orang bagi membantah pembunuhan Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah.
Keganasan tercetus selepas polis cuba menghalang kemaraan penunjuk perasaan ke Konsulat Amerika Syarikat.
Ada yang bertindak ganas dengan membaling batu ke arah polis.
Kesemua polis yang cedera diberi rawatan di hospital.
Jurucakap polis memaklumkan kertas siasatan jenayah akan dibuka ke atas penunjuk perasaan yang bertindak ganas.
Hari yang sama turut menyaksikan tunjuk perasaan diadakan di Lahore dan Islamabad. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa