comscore
Tumpuan :
Dunia

73 Tahanan Palestin Maut Akibat Kecuaian Perubatan – NGO

Foto: Agensi Anadolu

RAMALLAH, Palestin: Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut ketika berada dalam tahanan Israel akibat kecuaian perubatan sejak 1967, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa terbaharu membabitkan seorang wanita Palestin Sa’diya Farajallah yang meninggal dunia pada Jun, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan itu, Israel masih enggan melepaskan jenazah sembilan warga Palestin yang maut ketika dalam tahanan.

Kira-kira 600 tahanan yang ditahan menghidap pelbagai penyakit termasuk 200 menderita penyakit kronik.

Difahamkan terdapat 23 pesakit kanser dalam kalangan tahanan di penjara Israel itu.

Menurut angka Palestin, hampir 4,550 rakyat Palestin berada di dalam penjara Israel, termasuk 175 kanak-kanak, 31 wanita dan 700 tahanan yang dipenjarakan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.

Loading...
Terkini