comscore
Tumpuan :
Dunia

78 individu ditahan di Turkiye kerana ‘provokasi’ media sosial

Polis Turkiye menahan 78 individu yang didakwa mencetuskan ketakutan dan panik menerusi perkongsian ‘hantaran provokasi’ mengenai gempa bumi minggu lalu di media sosial.

ANKARA: Polis Turkiye menahan 78 individu kerana didakwa mencetuskan ketakutan dan panik menerusi perkongsian ‘hantaran provokatif’ di media sosial mengenai gempa bumi minggu lalu.

Angka kematian di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi kini melebihi 41,000, dengan jutaan mangsa masih memerlukan bantuan kemanusiaan.

Direktorat keselamatan Turkiye sudah mengenal pasti 613 orang yang dipercayai berkongsi hantaran provokatif, dengan prosiding undang-undang dimulakan terhadap 293 individu.

Daripada jumlah itu, seramai 78 individu sudah ditahan.

Katanya, 46 laman sesawang turut ditutup kerana penipuan dalam usaha mencuri derma disumbangkan kepada mangsa gempa, selain menutup 15 akaun media sosial yang kononnya institusi rasmi.

Isnin lalu, Pengarah Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun dalam ciapan di Twitter, berkata negara itu menghadapi ‘pencemaran maklumat serius’.

Katanya, sebanyak 6,200 maklumat dan berita palsu dilaporkan kepada kerajaan dalam tempoh seminggu selepas bencana. – REUTERS

Loading...
Terkini