comscore
Tumpuan :
Dunia

8 bekas tentera laut India ditahan di Qatar atas dakwaan melakukan risikan untuk Israel

Foto The Palestinian Information Center

DOHA, Qatar : Lapan bekas tentera laut India ditahan di Qatar atas dakwaan melakukan risikan untuk Israel.

Laporan The Palestinian Information Center mendedahkan, kesemua suspek ditahan lebih 70 hari oleh pihak berkuasa Qatar.

Salah satu media di India pula mendakwa laporan itu tercetus daripada pengguna media sosial Pakistan yang dikatakan cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Satu lagi media dari negara sama mendedahkan, lapan individu terbabit bekerja di Syarikat ‘Dahra Global Technologies and Consultancy Services’

Syarikat itu dikatakan adalah rakan kongsi kepada syarikat tempatan membabitkan bidang ketenteraan Qatar.

Kesemua mereka ditahan pada 30 Ogos lalu dan ditempatkan dalam bilik pengasingan yang kebiasaannya digunakan membabitkan dakwaan isu keselamatan.

Laporan sama turut mendedahkan, pegawai kanan kerajaan dari India dihantar ke Doha bulan lalu dalam usaha membebaskan kesemua tahanan. – THE PALESTINIAN INFORMATION CENTER

Loading...
Terkini