BEIRUT: Lapan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera dalam kejadian letupan terkoordinasi peranti telekomunikasi mudah alih di seluruh Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Menteri Kesihatan Firas Abiad.
Sputnik juga melaporkan, memetik media, bahawa Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Terdahulu pada hari itu, agensi berita nasional Lubnan NNA melaporkan berpuluh-puluh orang cedera akibat letupan pager di pinggir selatan Beirut. – BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.