comscore
Tumpuan :
Dunia

8 terbunuh, kereta api bertembung di India tersilap isyarat

NEW DELHI: Dua kereta api bertembung di tenggara India petang semalam menyebabkan lapan terbunuh dan 20 lagi cedera.

Menurut laporan akhbar tempatan, kemalangan itu menyebabkan kereta api tergelincir di antara bandar Alamanda dan Kantakapalle di Andhra Pradesh.

Nahas berlaku selepas satu kereta api penumpang berkenaan tersalah menghantar isyarat.

Kereta Api Pantai Timur pada Ahad berkata, kesilapan manusia mungkin mengakibatkan perlanggaran dua kereta api itu.

“Kesilapan manusia tersilap isyarat oleh kereta api penumpang Visakhapatnam- Rayagada,” kata Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Biswajit Sahoo kepada wartawan.

Semasa menerangkan maksud isyarat itu, Biswajit berkata, ia berlaku apabila kereta api sepatutnya berhenti di lampu merah tetapi terus bergerak.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit.

India mempunyai satu rangkaian rel terbesar di dunia dan mengalami beberapa bencana sejak beberapa tahun lalu, yang paling teruk pada 1981 apabila sebuah kereta api tergelincir semasa menyeberangi jambatan di negeri Bihar dan terjunam ke dalam sungai di bawah, mengorbankan kira-kira 800 orang.

Pada bulan Jun, perlanggaran tiga kereta api membunuh hampir 300 orang di Odisha.Pada Ogos sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila sebuah koc yang diletakkan di selatan India terbakar ketika seorang penumpang cuba membuat teh.

Loading...
Terkini