comscore
Tumpuan :
Dunia

80 mayat ditemui dalam kubur besar di Kompleks Perubatan Al-Shifa Gaza

Petugas UN berdiri berdekatan Kompleks Perubatan Al-Shifa Gaza yang musnah. –
FOTO: Reuters

GAZA: Kira-kira 80 mayat ditemui dalam tiga kubur besar di perkarangan Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandar Gaza.

Jumlah itu menambah kepada penemuan kubur besar sejak tentera Israel menarik diri dari kompleks itu, dua bulan lalu.

Sumber perubatan di Gaza menjelaskan bahawa setakat ini, lebih 520 mayat ditemui di tujuh kubur besar di hospital di seluruh Semenanjung Gaza.

Kubur berkenaan ditemui sejak beberapa bulan lalu selepas pengunduran tentera Israel dari Kompleks Perubatan Al-Shifa, Kompleks Perubatan Nasser , Hospital Kamal Adwan, dan lain-lain.

Mereka menegaskan bahawa majoriti mangsa adalah pesakit yang tidak mendapat rawatan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 34,971 dengan tambahan 78,641 individu mengalami kecederaan.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini