comscore
Tumpuan :
Dunia

83 maut dalam tempoh 24 jam di Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: 83 terbunuh dalam serangan tentera rejim Zionis dalam tempoh 24 jam di Gaza.

Angka korban kini menghampir 36,000 orang hampir 80,000 lagi cedera.

Dakwa tentera rejim, pencerobohan terbesar di Jabalia kini semakin memuncak dengan kemaraan tentera ke lokasi baharu.

Pertempuran di Rafah pula masih sengit dengan bedilan udara terus menerus dilancarkan ke atas penempatan penduduk dengan sejumlah mangsa terbunuh dan sejumlah lagi cedera.

FOTO: Reuters

Pada masa sama lebih banyak amaran berpindah dikeluarkan kepada penduduk di utara Gaza.

Ketegangan ketika ini telah memaksa kira-kira 100,000 penduduk melarikan diri dari utara Gaza.

Manakala di Rafah pula, lebih 800,000 penduduk telah berpindah sejak amaran mula dikeluarkan pada 6 Mei lalu.

Pasukan Pertahanan Gaza dalam pada itu menemui 10 mayat baharu berhampiran Hospital Kamal Adwan.

Usaha menyelamat mangsa dari sisa runtuhan akibat bedilan tentera rejim juga giat dijalankan. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini