comscore
Tumpuan :
Dunia

9 maut di Mexico pentas runtuh semasa acara kempen

FOTO: Reuters

MEXICO CITY: Sembilan orang maut dan ramai lagi cedera apabila angin kencang menyebabkan sebahagian daripada pentas runtuh semasa acara kempen pilihan raya di timur laut Mexico pada Rabu malam.

Gabenor Nuevo León, Samuel García berkata sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak, maut dan 50 lagi mengalami kecederaan. Sekurang-kurangnya tiga orang sedang menjalani pembedahan.

“Jika boleh, elakkan keluar kerana terdapat ribut dan angin kencang,” kata García dalam satu hantaran di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

“Saya menyesali kemalangan di San Pedro Garza García,” kata Presiden Mexico Andrés Manuel López Obrador dalam hantaran di platform X.

Calon presiden Jorge Álvarez Máynez daripada parti kecil berhaluan kiri tengah, Movimiento Ciudadano, berada di atas pentas bersama calon datuk bandar dan yang lain semasa kejadian berlaku di bandar San Pedro Garza Garcia, berhampiran Monterrey. Máynez tidak mengalami kecederaan.

Video yang beredar di media sosial menunjukkan struktur besar runtuh ke arah penonton, mencetuskan panik. Pilihan raya presiden, parlimen dan wilayah dijadualkan berlangsung di Mexico pada 2 Jun.  — BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini