comscore
Tumpuan :
Dunia

9 terbunuh dalam pertempuran di Filipina

Foto: Reuters

MANILA: Tentera Filipina membunuh sembilan orang yang disyaki anggota pejuang dalam pertempuran di wilayah Lanao del Sur di selatan Filipina, menurut jurucakap tentera pada Sabtu.

Pegawai tentera Filipina Kolonel Louie Dema-ala berkata tentera kerajaan membunuh anggota Dawlah Islamiyah, sebuah kumpulan bersenjata, dalam pertempuran di sebuah bandar yang terletak di Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao, pada Khamis, lapor Xinhua.

Beliau berkata sembilan daripada 15 pejuang itu disahkan maut, termasuk dua yang didakwa terlibat dalam pengeboman maut di Marawi City pada Disember 2023.

Dema-ala berkata tentera menemui lapan senjata api berkuasa tinggi yang ditinggalkan oleh pejuang yang melarikan diri. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini