comscore
Tumpuan :
Dunia

900,000 hilang tempat tinggal sejak 2 minggu lalu

Foto: Reuters

GAZA:  Ketegangan yang semakin memuncak sejak dua minggu lalu di Gaza mengakibatkan lebih 900,000 penduduk kembali hilang tinggal tinggal.

Ia susulan peningkatan serangan tentera rejim di utara dan selatan Gaza itu.

Terbaharu 18 terbunuh dalam serangan rejim di Jabalia dan Beit Lahiya.

Lapor media Al Jazeera, bedilan mengakibatkan beberapa bangunan runtuh dengan mayat bertaburan dalam serangan Beit Lahiya.

Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan warga emas.

Pasukan kecemasan bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap.

Di Tebing Barat pula, tiga penduduk Palestin ditahan dan dua kenderaan di sita tentera rejim di timur Nablus.

Pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera rejim turut dilaporkan di bandar Tubas – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini