Tumpuan :
Dunia

98 maut dalam tragedi letupan lori tangki

Anggota penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran akibat letupan lori tangki petrol pada Sabtu lalu. – Foto: Reuters

ABUJA: Mangsa yang maut akibat dalam tragedi letupan lori tangki petrol meningkat daripada 86 kepada 98 orang, lapor anggota penyelamat Nigeria pada Isnin.

Letupan yang berlaku pada Sabtu lalu itu turut mencederakan 69 individu lain selepas lori tangki berkenaan terbalik di jalan raya, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Nigeria (NSEMA), Abdullahi Baba-Arah.

Kira-kira 20 premis turut musnah dalam kebakaran itu.

Ketika kejadian, trak itu membawa 60,000 liter petrol.

Letupan itu berlaku di persimpangan Dikko, dekat jalan yang menghubungkan ibu negara ke bandar utara Kaduna.

Orang ramai bergegas ke tempat di mana lori tangki itu terbalik untuk mencari bahan api kerana harganya yang melonjak dalam krisis ekonomi.

Negara paling ramai penduduk di Afrika itu mengalami inflasi melebihi 30 peratus pada tahun lalu.

Ia susulan pembaharuan ekonomi, termasuk penamatan subsidi bahan api yang mahal, kata Presiden Bola Ahmed Tinubu.

Walaupun negara itu adalah pengeluar minyak terbesar di Afrika, sesetengah warga Nigeria sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk ‘mengutip’ sisa minyak dari kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Ia juga disebabkan harga petrol yang meningkat lima kali ganda dalam tempoh 18 bulan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini