Tumpuan :
Dunia

A.S beri amaran serangan Rusia, tutup kedutaan di Kyiv

FOTO: REUTERS

WASHINGTON: Kedutaan Amerika Syarikat (A.S.) di Kyiv mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku serangan udara besar-besaran selepas Rusia berikrar untuk bertindak balas dengan tindakan terbaharu Ukraine.

Ukraine melancarkan peluru berpandu A.S. dengan jarak lebih jauh ke atas wilayah Rusia buat pertama kali.

Sebagai langkah awal dan berjaga-jaga, kedutaannya akan ditutup, dan kakitangan kedutaan diminta untuk berlindung di lokasi selamat.

Kedutaan A.S. juga mengesyorkan warganegaranya bersiap sedia berlindung segera sekiranya amaran serangan udara dikeluarkan.

Semalam, Rusia memberi amaran akan bertindak balas selepas Ukraine melancarkan peluru berpandu ke atas wilayahnya yang juga pertama kali sejak hampir tiga tahun peperangan.

Seorang pegawai kanan Ukraine memaklumkan media antarabangsa, serangan di wilayah Bryansk, Rusia pada Selasa dilakukan menggunakan peluru berpandu ATACMS yang merujuk Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera AS.

Justeru, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menegaskan, serangan itu menjadi indikasi negara Barat ingin meningkatkan konflik ini.

Washington minggu ini mengesahkan memberi kelulusan kepada Ukraine untuk menggunakan peluru berpandu ATACMS terhadap sasaran ketenteraan di dalam wilayah Rusia, sejak sekian lama permintaan dari pihak Ukraine.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini