comscore
Tumpuan :
Dunia

A.S gesa rakyat tinggalkan Lubnan

FOTO: Reuters

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menasihat dan menggesa rakyatnya di Lubnan untuk meninggalkan negara itu sementara penerbangan komersial masih tersedia.

Lapor Agensi Anadolu, disebabkan konflik berterusan yang tidak dapat diramalkan antara Hezbollah dan Rejim Israel serta insiden letupan baru-baru ini di seluruh Lubnan termasuk Beirut, Kedutaan AS menggesa warganya untuk meninggalkan Lubnan sementara pilihan komersial masih tersedia.

FOTO: Reuters

Pada masa ini, penerbangan komersial tersedia, namun pada kapasiti yang dikurangkan.

Tidak mustahil perkhidmatan itu akan digantung, jika keadaan keselamatan kian meruncing.

Ketegangan antara Israel dan Hizbullah semakin memuncak di tengah-tengah peningkatan serangan rentas sempadan sejak bermulanya keganasan Israel di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini