comscore
Tumpuan :
Dunia

A.S & UK lancar puluhan serangan sasar Houthi

FOTO: Reuters

YEMEN: Tentera Amerika Syarikat dan Britain melancarkan serangan terhadap puluhan sasaran Houthi di Yemen.

Tindakan terbaharu terhadap kumpulan dikaitkan dengan Iran itu, selepas pejuangnya secara berterusan menyerang kapal dagang yang menggunakan laluan di Laut Merah dan perairan sekitarnya.

Sejak krisis Laut Merah tercetus, Amerika Syarikat hampir setiap hari melancarkan serangan terhadap Houthi, yang menguasai bahagian paling padat penduduk di Yemen.

Namun, ia setakat ini gagal menghentikan tindakan kumpulan itu, yang didakwa mengganggu perdagangan global dan termasuk peningkatan kos penghantaran.

FOTO: Reuters

Menurut kenyataan bersama negara yang mengambil bahagian dalam serangan atau memberikan sokongan, tindakan ketenteraan menjurus kepada 18 sasaran Houthi di lapan lokasi di Yemen.

Tindakan itu disokong Australia, Bahrain, Kanada, Denmark, Belanda dan New Zealand.

Antara sasaran, depoh senjata bawah tanah dan kemudahan penyimpanan peluru berpandu, sistem pertahanan udara, radar serta helikopter.

Pejuang Houthi mula menyerang kapal dagang di laluan berkenaan sejak 7 Oktober lalu, sebagai tanda solidariti kepada penduduk Palestin yang kini diserang Israel.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini