comscore
Tumpuan :
Dunia

Ada bukti kukuh keluar waran tangkap kepada israel

Foto: Reuters

THE HAGUE: Terdapat bukti kukuh mewajarkan waran tangkap dikeluarkan ke atas pihak berkuasa Israel.

Itu yang dinyatakan Gilles Devers, peguam Perancis yang terkenal dengan pembelaannya terhadap mangsa palestin, di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC.

Devers diiringi pasukan guamannya, berada di The Hague untuk berunding dengan pejabat pendakwa ICC dan pejabat mangsa.

Agensi Anadolu melaporkan, menurut Devers pejabat pendakwa mempunyai bukti cukup dan munasabah, untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pegawai Israel.

Pelbagai bukti telah dikemukakan kepada ICC, termasuk dokumen memperincikan serangan tanpa henti rejim Israel ke atas orang awam di Gaza selain sasaran yang disengajakan terhadap infrastruktur penjagaan kesihatan dan pengusiran hampir 2 juta orang.

Beliau juga menekankan penderitaan dialami orang awam yang dikepung Israel di Gaza, selain ancaman kebuluran.

Loading...
Terkini