comscore
Tumpuan :
Dunia

Afghanistan sambut baik keputusan Kazakhstan mengenai Taliban

NEW DELHI: Afghanistan menyatakan harapan bahawa hubungannya dengan Kazakhstan akan berkembang berikutan keputusan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev untuk mengeluarkan pentadbiran Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan.

Kementerian Luar Afghanistan berkata ia “menganggap langkah itu sebagai satu perkembangan penting” dalam meningkatkan hubungan dua hala.

“Kazakhstan ialah rakan dagang dan transit penting bagi Afghanistan di rantau ini dan keputusan ini akan membawa kepada peningkatan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi yang lebih erat, yang menguntungkan kedua-dua negara,” kata seorang jurucakap.

Afghanistan terus memperbaiki hubungannya dengan negara-negara di rantau berkenaan.

Rusia telah menjemput Afghanistan ke Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) pada 5-8 Jun. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini