Tumpuan :
Dunia

Afrika Selatan tuntut ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu

Kezaliman berleluasa rejim Zionis menyaksikan dua sekolah di utara Gaza dibedil minggu lalu, sehingga meragut sekurang-kurangya 200 nyawa. – Foto: Reuters

PRETORIA: Kerajaan Afrika Selatan mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut Menteri tanpa portfolio negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, jika ICC tidak berbuat demikian, maka ia menggambarkan ‘kegagalan sepenuhnya’ mahkamah itu bagi menangani isu global.

“Dunia tidak boleh terus berpeluk tubuh dan melihat (kezaliman) regim Zionis terhadap penduduk Palestin,” tegas beliau.

Di sebalik alasan mempertahankan diri yang dijaja Israel, Ntshavheni menegaskan, ternyata jelas matlamat kerajaan Israel adalah untuk ‘menghapuskan rakyat Palestin di Gaza dan menakluk wilayah itu’.

Afrika Selatan bersama-sama negara lain seperti Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti sudah mengemukakan permohonan kepada ICC untuk membuka siasatan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Afrika Selatan juga mengumumkan keputusan memanggil semula diplomatnya di Israel dan mencadangkan kedudukan Duta Israel di Pretoria  ‘sukar dipertahankan atau dikekalkan’. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini