comscore
Tumpuan :
Dunia

Ahli Parlimen Bangladesh mati dibunuh di India

DHAKA: Ahli Parlimen Bangladesh yang dilaporkan hilang selama seminggu sebelum ini ditemui mati dibunuh di bandar Kolkata, India, kata Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan.

Anwarul Azim Anar, dari parti Liga Awami dilaporkan hilang pada 13 Mei lalu iaitu sehari selepas beliau mendapatkan rawatan perubatan.

Khan memberitahu pemberita bahawa tiga warga Bangladesh telah ditangkap atas kejadian berkenaan.

“Kami tidak boleh mendedahkan semua maklumat buat masa ini bagi kepentingan siasatan,” kata menteri itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini