comscore
Tumpuan :
Dunia

Ahli politik digantung jawatan, ditangkap ‘bersama’ anak angkat di atas katil

KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik Thailand digantung daripada jawatannya selepas ditemui di atas katil, bersama anak angkatnya.

Memetik laporan oleh South China Morning Post (SCMP), Prapaporn Choeiwadkoh, 45, dirakam dalam video ketika berada di atas katil bersama Phra Maha, 24, oleh suaminya.

Laporan itu juga memaklumkan suami Prapaporn, yang hanya dikenali sebagai Ti, memandu lebih lima jam selepas dia mengesyaki hubungan sulit itu dan membuat rakaman video isterinya bersama Phra yang juga seorang sami.

Dalam video itu, Prapaporn dilihat berbaring dengan Phra, berbogel di bawah selimut.

Bersemuka dengan isterinya, Ti bertanya: “Adakah kamu berdua gembira?

“Prapaporn kemudian memberi alasan kononnya mendakwa bahawa mereka tidak melakukan hubungan seks, sebaliknya hanya berbual.

Phra juga mempertahankan bahawa dia tidak bersalah dan berkata: “Tiada apa-apa yang berlaku”.

Phra mendakwa bahawa dia mencari Prapaporn untuk membantunya dengan masalah peribadi dan ‘kemudian mereka mahu mandi’.

Selepas penemuan itu, Ti meluahkan kemarahannya dan berkata: “Saya berang apabila mendapati mereka bersama. Saya berasa sangat dikhianati. Saya membeli emas dan memberinya banyak hadiah”.

Pasangan itu dipercayai mengambil Phra tahun lalu dari sebuah kuil selepas Prapaporn berkata dia berasa kasihan terhadapnya.

Ti kini menuduh sami itu, yang sejak kejadian itu sudah melarikan diri, menggoda isterinya.

Skandal itu mendapat perhatian meluas di media sosial selepas pertama kali dilaporkan oleh Horizon News di China.

Ramai warga maya memberi komen dalam talian bahawa keadaan itu boleh dianggap sebagai tidak masuk akal jika ia menjadi skrip drama televisyen.

“Berita ini sensasi, terlalu banyak elemen, lebih menjurus kepada fiksyen tulen. Dunia orang kaya memang menarik dan huru-hara,” menurut salah satu komen.

Seorang lagi menulis: “Seorang suami berusia 64 tahun, seorang isteri berusia 45 tahun, dan seorang anak angkat berusia 24 tahun yang juga seorang sami?

“Ini sangat huru-hara. Bunyinya lebih seperti menyimpan ‘anak ikan’ lelaki dan bukannya anak angkat, malah drama pun tak berani guna skrip seperti ini”.

Prapaporn, yang juga dikenali sebagai ‘Madam Ple’, ialah ahli politik terkenal dari Sukhothai, sebuah wilayah di tengah Thailand.

Beliau kini berkhidmat sebagai Presiden Dewan Perniagaan tempatan dan menjadi Ahli Parti Demokrat sejak Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak aktif dalam urusan parti sejak pilihan raya umum Mei lalu.

Prapaporn digantung oleh parti itu sementara menunggu siasatan terhadap skandal terbabit. – Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini