comscore
Tumpuan :
Dunia

Akaun Twitter Trump dikembalikan, kumpul lebih banyak pengikut

Foto: AFP

WASHINGTON: Akaun Twitter Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin pantas mengumpul pengikut dengan 1.3 juta pengikut baharu direkodkan dalam tempoh 40 minit sahaja, lapor Sputnik.

Pada Sabtu, Twitter menarik balik sekatan terhadap akaun Trump yang disekat sejak tahun lalu berikutan peristiwa 6 Januari 2021 di Capitol AS.

Akaun Twitter @realDonaldTrump kini mempunyai lebih 1.9 juta pengikut, walaupun Trump sendiri belum menulis sebarang ciapan baharu.

Sebelum ini akaun itu hanya mempunyai lebih 320,000 pengikut.

Akaun Trump disekat pada 8 Januari 2021, selepas kejadian rusuhan di Capitol pada 6 Jan 2021.

Platform berkenaan menganggap hantaran Trump mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan dan melanggar dasar mereka.

Bekas presiden itu kemudiannya melancarkan rangkaian sosial baharu, Truth Social bagi melawan tapisan Big Tech dan melindungi hak kebebasan bersuara. – BERNAMA

Loading...
Terkini