comscore
Tumpuan :
Dunia

Aksi liga digantung gara-gara insiden tumbuk pengadil

FOTO: Reuters

ANKARA: Mahkamah Turkiye memerintahkan penahanan presiden kelab Ankaragucu, Faruk Koca atas tindakannya menumbuk muka pengadil, Halil Umut Meler pada penghujung perlawanan Super Lig.

Turut direman dua lagi suspek atas dakwaan sama, dibawah jenayah keganasan.

Persekutuan Bola Sepak Turki, (TFF), mengecam keras tindakan itu dan menggantung seluruh aksi liga.

FOTO: Reuters

TFF berkata, serangan keji ini bukan sahaja dilakukan terhadap halil, malah terhadap semua pihak berkepentingan bola sepak Turkiye.

TFF juga menegaskan, seluruh kelab, presiden kelab, pengurus dan semua individu yang menyerang halil akan dikenakan hukuman paling berat.

Sementara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut mengutuk insiden yang berlaku di ibu kota, Ankara itu.

Tegas Erdogan, sukan bermaksud keamanan dan persaudaraan dan bukan mencetus keganasan.

Loading...
Terkini