comscore
Tumpuan :
Dunia

Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat 5 hari seminggu

FOTO: Reuters

SAN JOSE: Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy mengumumkan pada Isnin bahawa pekerja Amazon akan kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bermula Januari, pekerja dijangka bekerja di pejabat lima hari seminggu, dengan pilihan untuk bekerja dari rumah dalam situasi tertentu seperti menjaga anak yang sakit atau memberi tumpuan kepada tugas-tugas khusus, seperti sebelum pandemik COVID-19.

Ketika ini, pekerja Amazon dibenarkan bekerja dari rumah dua hari seminggu.

Jassy juga memaklumkan bahawa Amazon akan mengembalikan susunan meja yang ditetapkan sebelum ini.

Keputusan Amazon dibuat selepas banyak syarikat lain mengarahkan pekerja mereka kembali ke pejabat selepas berbulan-bulan bekerja dari rumah semasa pandemik.

Syarikat teknologi Amerika Syarikat yang lain, seperti Apple, memilih untuk mengimbangi kerja dengan tiga hari seminggu di pejabat. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini